Sejarah PopCap Games

John Vechey pada tahun 2015

PopCap Games telah ditubuhkan oleh John Vechey, Brian Fiete dan Jason Kapalka pada tahun 2000. Mereka pada asalnya memperbadankan sebagai "Sexy Action Cool", sepatah frasa yang diambil daripada poster Desperado.[2] Produk pertama mereka merupakan permainan poker bogel yang bertajuk "Foxy Poker" dan sepatutnya berfungsi sebagai sumber pendapatan untuk projek-projek yang lain.[2]

James Gwertzman mewakili PopCap Games di Montreal International Games Summit 2007

Permainan video pertama mereka di bawah nam syarikat PopCap merupakan Bejeweled, permainan menukarkan pertama, yang disokong pada semua platform utama dan dianugerahkan oleh Computer Gaming World Hall Of Fame pada tahun 2002. Syarikat itu berkembang pada tahun 2005 dengan pemerolehan Sprout Games, sebuah syarikat pembangun permainan video kasual yang berpusat di Seattle sama seperti PopCap Games, yang ditubuhkan oleh James Gwertzman. Sprout Games merupakan pencipta permainan video Feeding Frenzy. Pasukan Sprout Games membantu PopCap mencipta sekuel kepada permainan tersebut, Feeding Frenzy 2: Shipwreck Showdown, dengan Gwertzman menjadi Pengarah Pembangunan Perniagaan di PopCap. Pada awal tahun 2006, PopCap International diasaskan, berpusat di Dublin, Ireland, mengusahakan penyetempatan produk, pembangunan permainan mudah alih, pemasaran, jualan dan pembangunan perniagaan.

PopCap memulakan satu lagi pusingan perkembangan pada Julai 2007 dengan membeli pembangun permainan video kasual lain termasuk pencipta portal pengguna dalam talian, SpinTop Games. Seminggu sebelum itu, syarikat itu memperoleh pusat pembangunan Retro64 yang berpusat di Chicago, yang ditubuhkan oleh Mike Boeh, yang terkenal dengan permainan video aksi retro-arked dan permainan video teka-teki. Selepas pemerolehan ini, logo PopCap telah dijenamakan semula, menggugurkan bahagian "Games". Senarai permainan premium PopCap di laman sesawang mereka disertakan dengan permainan lain daripada pembangun/pengedar lain. PopCap merumahkan beberapa permainan video di PopCap.com dan laman sesawang lain, dalam talian dan premium, sehingga 2014, apabila mereka berhenti menawarkan permainan dari laman sesawang mereka.

Pada 5 April 2011, PopCap mengumumkan penubuhan anak syarikat baharu, 4th and Battery, diciptakan untuk membangunkan permainan yang "lebih gelap".[4] Penghasilan pertama mereka merupakan permainan video Unpleasant Horse. Pada 12 Julai 2011, Electronic Arts mengumumkan pemerolehan PopCap dengan harga $650 juta dengan tambahan pilihan saham $100 juta. [5]

Pada 21 Ogos 2012, PopCap memberhentikan 50 pekerja di Amerika Utara sebagai langkah menyatakan peralihan kepada permainan mudah alih dan permainan percuma untuk dimainkan serta mempertimbangkan pemberhentian operasi studionay di Dublin.[3] Studio Dublin telah ditutup pada 24 September 2012.[6]

Rujukan

WikiPedia: PopCap Games https://www.bloomberg.com/news/articles/2012-08-22... https://www.businesswire.com/news/home/20110712007... https://www.ea.com/ea-studios/popcap https://www.ea.com/ea-studios/popcap/about https://www.ea.com/studios/popcap https://www.engadget.com/2011/04/05/popcap-launche... https://www.mcvuk.com/development/ea-closes-popcap... https://www.youtube.com/watch?v=e1jlw64ddlg https://web.archive.org/web/20181111215341/https:/... https://web.archive.org/web/20181112021305/https:/...